Tuesday, June 15, 2010

SAYA seorang berusia 25 tahun yang bertudung dan masih bujang. Masalah besar yang saya hadapi kini adalah amat mudah terangsang.
Saya sering membayangkan perlakuan seks dengan lelaki yang menarik perhatian kemudian akan menggeselkan jari di kemaluan saya.

Apa tindakan yang perlu saya lakukan bagi mengelak membayangkan perkara berkenaan berlaku?
NORA,
Selangor

AKAL yang dikurniakan Allah kepada manusia bertujuan mengawal nafsu supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan akhlak dan norma masyarakat. Selain itu, Allah juga memberikan nafsu untuk memastikan kelangsungan umat manusia. Islam adalah agama yang memberikan panduan kepada akal dan nafsu supaya manusia tidak terjerumus dengan perkara yang boleh menjatuhkan martabat manusia itu sendiri. Justeru, kita perlu segera bertaubat dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Dengan itu kita kembali kepada fitrah kesucian dan penjagaan maruah diri. Dengan akal dan agama, sepatutnya kita dapat mengawal nafsu. Ada beberapa cara untuk mengelakkan diri daripada menurut hawa nafsu, antaranya: 1) Mengelak daripada segala perkara yang boleh menaikkan nafsu sendiri menonton filem lucah atau tinggal sendirian.
2) Banyakkan membaca al-Quran serta mendalami ilmu agama. Dengan harapan kita bebas daripada nafsu kejahatan syaitan yang sentiasa menggoda.
3) Berpuasa untuk mengelak diri daripada kejahatan nafsu.
4) Elak bertemu dengan teman lelaki secara sendirian tanpa mahram kerana semua itu memudahkan syaitan menggoda nafsu manusia ke arah kejahatan.

Sumber: hmetro.com.my